Nuffnang

Kelipan Bintang PMR_09

Jumaat, 5 September 2008

Salam untuk semua





Assalamualaikum dan salam sejahtera......

Pertama kali ini nak cuba buat blog walau seribu orang telah menempah nama atasnya. Ehm biar lambat asal selamat. Nama ku biarlah dikenali sebagai 'wira' buat setakat ini. Kerana aku ingin menjadi 'wira' dalam segala segi.... tapi sebagai manusia tentu ia sesuatu yang amat sukar.

Kenapa aku ingin belajar membuat blog?
  1. Seperti orang lain perasaan ini mencuba, dan ingin melihat hasil dari usaha sendiri. Kalau tak cantik pun....tak apa, aku tetap bangga.
  2. Aku ingin mencari sahabat, teman, kawan dan rakan yang tak tahu di mana berada sekarang.Mungkin ada yang telah mengadap ilahi. Mungkin ada yang sedang melayan cucu-cucu di rumah. Semoga ramai dianatara mereka yang sedang tekun beribadat. Maklum usia semakin lanjut. Kata rumah pergi, kata kubur mari.
  3. Untuk memenuhi ruang-ruang masa pencen ini. ha..ha.ha
  4. Mungkin melalui blog aku boleh mencurahkan ilmu....semoga segala ilmu itu menjadi sederka kepada diri ini ketika ia sudah tiada di alam fana ini.

Terasa juga ini mencoretkan pengalaman hidup dengan pembaca supaya dapat menjadi panduan dan teladan.

Semoga coretan pertama ini tidak akan berhenti setakat ini......
Semoga dapat berjumpa lagi

Tiada ulasan: