Nuffnang

Kelipan Bintang PMR_09

Jumaat, 20 November 2009

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan.

Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.
Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Sabtu, 14 November 2009

Kawan di akhir zaman


Kawan di akhir zaman ini

Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan majlis majlis Al Quran tempat pertemuan
Yang menjadikan majlis majlis Agama tempat berkenalan
Yang ada kini hanyalah
Yang menjadikan kompleks membeli belah tempat membuang masa dan umur
Yang menjadikan disko dan pesta hiburan sebagai tempat berhibur

Isnin, 2 November 2009

"No Dating !!!"


'No dating' territory


THE International Islamic University Malaysia (IIUM) has become the first “no dating place” in the country.

A banner has been put up at its Gombak campus to warn the students from dating in the university compound.

The banner reads: “IIUM is an Islamic territory. No dating. Allah is watching us.”

It is placed at a square near some shops and a bank.

Jumaat, 23 Oktober 2009

Stress


Eh... lepas PMR, sibuk pula cikgu dengan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP).....10/10/09 LDP berkaitan "Stress".Full dengan aktiviti untuk mengurang "Stress", teori dan senaman mengisi ruang-ruang masa. Tapi yang hairan lepas kursus "Stress", cikgu semakin "Stress" gila.....he he he. Nak tahu....dari analisa profile stress, cikgu paling stress dalam kewangan dan perkhidmatan....ha! Itu bermaksud....bos kena kurangkan kerja cikgu dan tambahkan gaji....he he he~~~ Paling tak stress denga jiran tetangga. Apa taknye...pagi 6.30am dah pergi kerja......dan 4.30pm baru balik rumah. Mana nak jumpa jiran tetangga. Tak ada stress lah tu.............

Khamis, 22 Oktober 2009

Itu dia cikgu-cikgu SMKB


He..he.. tengok macam mana kecohnya cikgu-cikgu SMKB nak bergambar....tengok tu PK1 pening kepala menengok gelagat anak buah. Nasiblah badan.....second bos!!!

Rabu, 21 Oktober 2009

Lepas PMR

Assalamualaikum,

Sekarang sudah lama berlalu PMR...lega sekejap ~ tapi tak lama bulan DEC 09 menjelang ~~ jantung akan mendenyut kencang ,debaran bagai tsunami~~ masa ini keputusan PMR 09 akan menonjolkan diri pula. Ya ALLAH bagi semua anak-anakku berjaya dengan cemerlang dalam PMR 09.

Sekolah cikgu pun sibuk dengan program lepas PMR....ehm...tak ramai anak-anak cikgu yang datang ke sekolah.....dengar cerita ramai yang mencari kerja...merasa duit pokek sendiri....cikgu tak marah anak-anak ingin mencari duit poket sendiri, ingin membantu ibu dan ayah, untuk persediaan duit yuran dan buku tahun hadapan. Niat itu baik, tapi ingat, jangan bila dapat genggam duit di tangan, mood nak belajar dah hilang...yang ini cikgu marah!!!!!