Nuffnang

Kelipan Bintang PMR_09

Rabu, 10 September 2008

9 SITI Kesayangan...

Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana masih di panjangkan usia untuk terus menikmati Ramadhan kali ini. Untuk renungan pada kali ini, marilah bersama kita renungi keperibadian & keagungan '9 Siti' yang pernah dipopularkan oleh salah seorang penceramah.

SITI KHADIJAH - Beliau merupakan isteri Rasulullah yang setia dan menyokong baginda sentiasa. Walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik. Beliau seringkali menghantarkan makanan kepada baginda ketika beribadat di Gua Hira'.

SITI FATIMAH - Salah seorang anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali Karamallahu Wajhah, walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata saya takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

SITI AISHAH - Isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

SITI HAJAR - Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.

SITI MARIAM - Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

SITI AISHAH - Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

SITI AMINAH - Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

SITI MUTI'AH - Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

SITI ZUBAIDAH - Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah S.W.T.

Tiada ulasan: