Nuffnang

Kelipan Bintang PMR_09

Ahad, 28 Mac 2010

RAWATAN UNTUK ORANG KENA STROKE


Urutlah dengan memicit dengan lembut hujung-hujung jari tangan, tapak tangan dan juga jari serta tapak kaki ibumu itu sekejap-sekejap sahaja sebaik-baiknya 5 minit sekali. Jangan picit kuat-kuat, lebih kurang antara picit dan usap/gosok saja lima minit sekali sebabnya ialah penyakit stroke ini sangat berkaitan dengan saraf, tujuannya picit-picit 5 minit sekali itu ialah untuk merangsang saraf tangan/kaki yang lumpuh, dan merangsang saraf otak, iaitu urut perlahan secara refleksologi,

Juga:

1) Mengurut leher, belakang, tangan dan kaki ibumu sebanyak sekurang-kurangnya 2 kali sehari, pagi dan malam, dengan menggunakan MINYAK BURUNG UNTA..


2) Meminta adik beradik anak-anak ibumu dan menantunya serta cucunnya yang ada supaya secara bergilir-gilir memicit-micit, mengusap-ngusap tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki serta jari-jari kaki; seelok-eloknya 5 minit sekali.

3) Pantang makanan: Makanan/Minuman sejuk.

4) Banyak membaca Al-Fatihah, Ayat Kursi, 4 Qul, Selawat Nabi, Selawat Syifa dan Ayat-Ayat tawakkal ketika mengurut ibumu itu.

5) Adik beradik membaca yasin beramai-ramai di sekeliling ibumu itu walau pun ibumu itu berada dalam wad hospital (semasa waktu lawatan). Jangan buang masa dengan berbual-bual semasa melawat-menziarah; lebih baik membacakan seperti No. 6 di bawah ini.

6. Amalan anak-anak pesakit, bacalah selalu:

Surah Al-Baqarah ayat 1-17


Surah Yasin sekali


Surah al-Jin sekali

7. Bagi anak-anak ibumu semua, sambil gosok/usap tapak tangan, tapak kaki dan jari kaki tangan pesakit itu, astaghfar, dan solawat Nabi,


Dan berdoalah setiap kali dalam sujud ketika mendirikan solat.
Wasalam.

Tiada ulasan: