Nuffnang

Kelipan Bintang PMR_09

Rabu, 21 Oktober 2009

Lepas PMR

Assalamualaikum,

Sekarang sudah lama berlalu PMR...lega sekejap ~ tapi tak lama bulan DEC 09 menjelang ~~ jantung akan mendenyut kencang ,debaran bagai tsunami~~ masa ini keputusan PMR 09 akan menonjolkan diri pula. Ya ALLAH bagi semua anak-anakku berjaya dengan cemerlang dalam PMR 09.

Sekolah cikgu pun sibuk dengan program lepas PMR....ehm...tak ramai anak-anak cikgu yang datang ke sekolah.....dengar cerita ramai yang mencari kerja...merasa duit pokek sendiri....cikgu tak marah anak-anak ingin mencari duit poket sendiri, ingin membantu ibu dan ayah, untuk persediaan duit yuran dan buku tahun hadapan. Niat itu baik, tapi ingat, jangan bila dapat genggam duit di tangan, mood nak belajar dah hilang...yang ini cikgu marah!!!!!



Bila tengok anak-anak semakin hari semakin berkurang, cikgu RINDU nak jumpa anak-anak cikgu. Maklumlah dah masa PMR cikgu menjadi pengawas peperiksaan di sekolah lain. Bila datang sekolah, anak-anak cikgu hanya datang untuk hantar buku teks sahaja. Mungkin anak-anak cikgu berpendapat...alah datang sekolah pun...nanti kena bebel dengan cikgu....!! he..he..he... Emak mana tak memebebelkan anaknya. Biasalah tu....

Walaubagaimana pun cikgu berharap anak-anak cikgu akan cemerlang dalam semua subjek bila keputusan PMR diumumkan....tentu sekali subjek yang cikgu ajar....apalagi subjek Sainslah. Ramai yang kata kertas 2 susah. Susah hati cikgu....Ya ALLAH semoga jawapan anak-anak murid cikgu diterima pemeriksa dan skema jawapannya. Sekarang hanya ALLAH sahaja yang dapat membantu kita. Banyak-banyaklah beribadat, buat solat hajat dan dhuha. Semoga semua anak-anak cikgu akan cemerlang semua subjek. Wassalam.

p/s rasa macam cikgu dah boleh mula aktif menulis dalam blog nie...he he he kalau tak ada "PENGACAU"